Tuesday, 14 August 2012

Yes i did it! dah boleh kawen..huhu..

Salam to all readers and beautiful bride to be..

sebab ade permintaan...miza up entry recipe plak..blog kawen dan jadi blo rojak pasemboq dah..hahah..biarlah..asal diriku bahagia.. 

recipe cream puff yang dah lebih 5 tahun cuba tak pernah jadi..asyik keras jer..huuhu..

at last yesterday i know my mistake and jadila creampuff yang plg lembut..sangat suke..huhu..dah boleh kawen pasni..

okla senang jer sebenarnyer..even hakikat susahla juga nak cari penyelesaian keras die tuh..huhu..




creampuff lembut yang dah alter..

dienye ingredient..miza dah ubah..ni ikut 3 resepi..dah gabung jadilah ini..


Ingredients 
225 ml water
100 g margarine - i used unsalted butter
1 tbsp granulated sugar
125g high protein flour - bread flour
4 eggs





Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

credit picture to k.azlita


1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 

2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 

3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat 

4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 



                                                                     credit pic to k.azlita

Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 

Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

CREAM CUSTARD
by : Honey


1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila 
sedikit pewarna kuning 

  • Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk. 
  • Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2 
  • Masukkan telur dan kacau lagi. 
  • Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
  • Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
  • Masak sehingga pekat. 
  • Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. 
  • Ulang sehingga pekat.
  • Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
  • Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
  • Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. 



2 comments:

~misshuny~ said...

nampak sedap..

elqays jannah said...

misshuny = memang sedap dan lembut..=) tryla. =)