arini belum abis lagi orang renovate my kitchen wet...adeehh penat tunggu dalam bilik ni..yela kang dok luar kene pakai tudung sentiasa...jawabnye menulisla lagi..
bersepah gile..cam tongkang pecah..
hmm tapi ini bukan yang di ceritakan...hehe..
ok pembuka katanya..miza petik dari iluvislam artikel..hari ni dorang cerita tentang suami isteri belajar bercakap...
Apabila kita dijenguk dengan ujian, membuatkan hati kita gundah, jiwa gelisah.. kita akan bersemangat dan bermotivasi ketika seseorang yang kita sayangi menyapa kita dengan kata-kata yang membangun. Itulah kuasa cinta. Kuasa kasih sayang.
Seorang isteri yang diuji akan lebih bersemangat bila suaminya memberi kata motivasi kepada isterinya walaupun satu ayat..
"Sabarlah.."
"Ingat Allah.."
"Senyumlah..."
Begitu juga seorang suami akan lebih termotivasi apabila si isteri sentiasa optimis, dengan memberikan kata-kata membina kepada suami.
Namun, sebagai hamba seringkali kita terlepas pandang.. Mengutamakan kalam manusia lain daripada Kalam Allah yang lebih memberi semangat dan membahagiakan.
Seorang hamba, akan merasa terpujuk tatkala diuji dengan musibah, lantas kembali kepada tuhannya. Kerana dia sedar bahawa Allah seringkali memujuknya dengan kata-kata yang penuh hikmah sesuai dengan fitrahnya.
Tidakkah bermotivasi dengan membaca kalam Allah (Al-quran)? Tidakkah terasa kalam Allah lebih memberi semangat? Lebih membahagiakan diri?
Mari kita isi ruang hati kita dengan membaca Al-quran. Rasailah dan hayatilah setiap bicara Allah kepada kita. Sesungguhnya kalam Allah itu lebih indah andai DIA benar-benar kita cintai melebihi cinta kita kepada suami atau isteri.
www.iluvislam.com
yes...its true...we have to know how to communicate with people...inilah yang selalu orang lupa dan tak amik berat..
even dengan sesiapa sekali pun...isteri ke..suami ke...anak2 ke..kawan2 ke..majikan or even staf2 kiter...kita kene tahu how to communicate..how to deal with people..
kita pandang remeh benda remeh ni..tapi perkara remeh ni la yg membawa kepada perkara tak elok kalau kita tak betul2 belajar..
yes i love to read self help section..pernah dulu miza sangat bosan dengan buku medic...miza borong buku self help ni dkt mph...a lot to learn...yang selalu kita abai...simple yang kita rasa alaaa...takkan orang tak tahu kan..yes truely yes easier to said than done..
tapi dengan setiap orang cara communicate dia berbeza...cuma dalam blog ni..miza akan beri sikit2 info..nak ajar semua..i'm also learning how to communicate..
women and men are different...totally different...if you had read the books tittle "Men Are from Mars, Women Are from Venus" korang akan paham kenapa lelaki ni memang takkan dengar bila kita membebel..mereka takkan suka bila kita usik mereka time tengah masalah..
buku ni help me a lot in communicating with mr.irmi..even kadang2 kalau tergeram tuh...gaduh jugala kan..haha..
tapi yang penting how kita deal dengan people yang paling penting..
siapa yang dah pernah pergi kursus kahwin..mesti ada ustaz/ustazah yang cerita tentang komunikasi..
komunikasi apa kan???
banyak cara how to communicate...miza akan lebih tekan dalam suami isteri since blog ramai b2b kan..so maybe it can help you a lot...
pada wanita2 yang suka memendam rasa...please i must say BIG NO!!! even kalau suami anda memendam pun...please...dont let him be...
kenapa???
contohnya..
ada satu hari kawan miza ngadu pada miza..suami die jenis yang tak bape nak romantik jarang cakap saya sayang awak...sms pun kadang2...even dia memahami suami dia memang sibuk..tapi dia agak sedih la juga..
yela isteri mana yang tak sedih..kita walau sibuk mana sekali pun...at least say that you love your husband or wife...time lunch..say that..makan baik2 ya..minta maaf saya tak dapat buat lunch tuk abang..
your husband will appreciate you more..and percayala balik keje mesti dia sangat sayang pada kita...huhu..
even miza tak pernah experience...but bila belajar psychology..miza paham sikit2...heheh..korang tak caya buatlah..
perkahwinan ni adalah tarbiyah utk kita belajar...belajar banyak benda..cuma kita jer yang selalu tak bape nak pasan the hikmahh that allah gave us from the marriage..
i love the artikel that being written by iluvislam..she said...miza qoute jap ok..
Bangunkan komunikasi
Sebelum bernikah, ada di antara kita yang begitu 'menjaga', hingga komunikasi tidak dibangunkan. Atau minima sekali. Tidak berbincang dan tidak ada perkongsian tentang apa dan bagaimana kehidupan suami isteri yang diharapkan.
Ada pula yang 'tidak menjaga', terlebih komunikasi – ungkapan rindu sayang bertali arus, hingga komunikasi menjadi begitu intim mengalahkan intimnya komunikasi suami isteri. Malah komunikasi yang keterlaluan membuka hati dan perasaan pada hubungan yang terlarang.
Maka sebelum bernikahan, kita berusaha membangun komunikasi yang pertengahan, bersederhana. Kuncinya, ittaqilah (taqwa). Secara langsung atau tidak langsung.
Ungkapkan harapan dan perancangan hidup kepada bakal suami atau isteri dengan kepercayaan dan ketelusan. Kongsikan latar belakang keluarga, kelemahan dan kekekurangan diri seadanya dalam berusaha membina penerimaan dan kefahaman. Luruskan expectationsyang meleset dari jangkauan supaya kelak tidak merasa 'tertipu' dengan penampilan luaran pasangan.
Hal-hal yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Kita mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan komunikasi berkesan.
"Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"
Ya, perkahwinanan akan jadi complicated bila kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.
and we have to learn to express...
ada kajian yang miza baca kata..marriage people who lives together till the end is people who always express the anger and the conflict to their partner..
yes sangat2 betul..kenapa???
jawapannya..
learn ok..cuba imagine...
seorang isteri yang sentiasa mengangkat stokin dan baju yang berselerak oleh suaminya..satu hari tidak tahan dengan perangai suaminya...bergaduh bermasam muka sehingga bercerai...
kenapa???
1st mistake : isteri tak pernah memberitahu kesilapan dan menegur kesilapan suami..
2nd mistake: suami tak pernah bertanya dan menyoal dan menolong isteri...
you seee??
kesilapannya kecik...akibatnya buruk...
i learn a lot from mr.irmi...
mr.irmi adalah seorang yang tak reti nak express the feeling...
tapi i help him...dengan cara miza la..i teach him slowly...begging him to slowly express the emotion..
emosi yang terpendamm....parah kalau disimpan..bak gunung berapi nanti..
i always said to him...everything if you want to tell..just express even kalau awak rasa nak marah apa yang saya silap..just express..i will learn and accept my mistake...
pernah miza bergaduh dengan mr.irmi..i never know apa yang dia marah...dia diam..miza jadi..aishh kenapa ni..
so miza tanya slow2...kita isteri kene ada skill ini...diplomasi dan memujuk..huhu..
i asked him..mula2 diam tak bercakap..diam tanda dia marah..
i tell him..if you marah dan diam tak explain..i never know my mistake..and i will never learn and we will keep quarreling..tapi dengan cara ayat lembut sikitla..hahah..
then alhmadullilah dia buka hati...he tell me..ok ting!! i got it...dia tak suka..ok i never repeat the mistake..
that's the way we have to communicate..
tapi dengan cara berhikmah bukannya marah2...
ada cara nak lembutkan hati orang...
sebab bila komunikasi isteri dan suami betul....komunikasi ibubapa dan anak pun akan betul...so akan sihat keluarga tu dari segi emosi dan mental..
huuu jangan main2 ok mental dan emosi..i have seen many people depress with their own marriage...so careful...learn..learn...banyak cara kita nak learn...internet...buku...mcm2...
so lets go find it..ilmu allah luas...so find it ok...
and i think that's all yang miza nak kongsi..miza pun masih belajar..dan miza sangat suka tulisan sister ni..
yes read it..
Bangunkan keserasian
Kita susah untuk serasi bersama suami isteri jika tidak tahu bagaimana menyatakan penghargaan dan kekecewaan. Banyak perkara ingin diluah, tidak terluah. Tidak tahu cara yang betul atau memang tidak suka untuk berkongsi. Dan, banyak juga yang tidak sepatutnya disebut dan diungkapkan, telah menjadi ayat dan bait-bait kata yang mencederakan perasaan pasangan.
Tidak dilupakan juga, lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.
Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'.
Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.
Contoh lain dialog suami isteri:
"Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.
"Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.
Wahai isteri, tidak semua para suami itu mampu membaca fikiranmu... Jawablah dengan bahasa yang difahami lelaki.
Wahai suami, tanyalah penuh perhatian menunjukkan kepedulianmu... Belajarlah sedikit bahasa psikologi seorang isteri.
Tidak perlu salahkan sesiapa, bukan salah sistem pendidikan yang tidak pernah ajar tentang psikologi pernikahan dan hubungan lelaki perempuan, bukan salah ibu ayah kita yang sering bercakap dengan bahasa yang saling menjatuhkan – lalu kita pun mengikut gaya bahasa sebegitu.. tapi..
TAPI.. mulakanlah dengan diri kita, yang akan bernikah dan telah bernikah.
Muhasabahlah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, adakah CARA kita bercakap telah membantu menenangkannya, menggembirakan, memujuk, atau CARA kita bercakap sering 'membelasah' dan 'meremeh-remehkan' pasangan walaupun kita tidak berniat untuk meremeh-remehkannya, hingga hatinya terhiris terluka.
Setelah dua tahun bernikah ini, saya masih belajar meningkatkan komunikasi suami isteri. Selama dua tahun bernikah ini, saya juga telah komunikasikan banyak benda kepada suami. Komunikasi secara berdepan, melalui esemes (SMS) , wai-em (YM), emel dan lain-lain cara komunikasi yang ada.
Minggu-minggu terakhir sebelum bernikah, banyak pendedahan-pendedahan dari pihak suami kepada saya (bakal suami waktu itu). Beliau secara telus mengungkap pengharapannya kepada saya bakal isteri, beliau juga tidak segan mengkhabarkan kelemahan dan kekurangan diri buat persediaan untuk hidup bersama. Beliau turut menceritakan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang setelah bernikah.
Ia tidak berhenti di situ. Setelah bernikah, komunikasi itu perlu kita teruskan dengan jujur dan hikmah. Setelah hidup berdua, sebumbung dan sekatil, kita makin mengenali karakter pasangan, kita makin memahami erti hidup berumahtangga.
Komunikasikan lagi apa yang telah kita dapat dari pasangan dan rumahtangga sejak minggu-minggu dan bulan-bulan awal , apa perkara yang kita syukuri pada ALLAH tentang pasangan, apa perkara yang kita ingin diri kita dan suami perbaiki, duduk bersama suami isteri memuhasabah tentang hubungan suami isteri secara berkala – mingguan dan bulanan.
Mulakan dari awal perkahwinan
Di awal perkahwinan, menbina keserasian dengan komunikasi ini sangat-sangat penting. Wajib menyediakan masa untuk bercakap dari hati ke hati. Kita sedang membina sistem rumahtangga, kita sedang mencari kesefahaman, kita sedang ingin menumbuhkan penghormatan dan kasih sayang pada insan asing yang telah bergelar suami atau isteri kita.
Setiap sesuatu sikap dan pemberian yang baik dari pasangan, kita hargai dan berterima kasih. Walaupun ia amat kecil pada kita. Supaya pasangan kita tahu dirinya telah berbuat sesuatu yang baik dan betul sebagai suami dan isteri.
Setiap sesuatu sikap dan tindakan pasangan yang tidak kita sukai, kita perlu luahkan walau kita bimbang dirinya akan berkecil hati dengan teguran kita. Supaya suami atau isteri tahu, dirinya telah berbuat sesuatu yang pasangan tidak selesa dan tidak gemari.
Yang boleh diubah, kita perbaiki. Yang memang tidak boleh atau terlalu sukar untuk diubah, kita terima dengan lapang hati. Ketika itulah rumahtangga mampu menjadi medan kasih sayang dan amal bakti setulus hati. Komunikasi yang baik akan melimpahkan keharmonian dan mendamaikan hati dalam melalui ujian dan dugaan kehidupan seharian.
Sebelum bernikah.. ya, kita tahu di dalam sebuah rumahtangga akan ada elemen kewangan, hubungan intim, mertua-ipar duai, kerjaya, anak-anak, hobi, leisure, aktiviti dan tanggungjawab lainnya... tapi kita hanya akan faham tentang elemen-elemen itu bila ia mula menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Bila kita menghadapinya, ketika itulah kita akan mempraktikkan teori tentang pernikahan yang kita tahu.
Maka komunikasi teramat perlu untuk meredakan dan meluruskan konflik yang timbul.
Berkomunikasilah... Bagaimana pendapatan suami isteri dan kewangan keluarga dibahagi-bahagikan. Supaya suami isteri tak bersangka-sangka bahawa mereka hanya menghabiskan duit untuk kepentingan sendiri. Supaya suami isteri boleh bersinergi mengukuhkan bajet keluarga.
Berkomunikasilah... Apa cabaran dan kebaikan dalam pergaulan dengan mertua dan ipar duai. Jika tidak suka atau tidak selesa dengan gelagat mertua atau ipar duai, nyatakan secara jelas dan berhikmah pada pasangan. Jangan sekadar buat muka masam mencuka dengan kehadiran mereka yang tidak disenangi, jangan mencela tak tentu hala, namun duduk berbincang suami isteri, apa jalan tengah untuk meluruskan isu ini.. Perjalanan pernikahan kita masih panjang, tidak mungkin mampu kita hadapi jika perbalahan subur sentiasa.
Berkomunikasilah... Untuk mengindahkan hubungan intim suami isteri, untuk terus menyuburkan cinta kasih sesama pasangan. Harus bagaimana untuk saling memuaskan pasangan, harus bagaimana mencari masa berkualiti untuk bermanja-manja suami isteri sewaktu urusan anak-anak, tekanan kerja dan kewangan tidak pernah jauh dari fikiran.
Pastinya komunikasi tentang hubungan intim bukan di hadapan anak-anak, bukan sewaktu tengah lapar di meja makan, bukan ketika fokus memandu, tapi ketika ada ruang bermesra-mesra, ketika itulah sedikit-sedikit membina keserasian hubungan seksual. Bukankah ada kajian menunjukkan kadang-kadang bertahun-tahun baru suami isteri dapat menikmati hubungan seksual yang memuaskan...?
Namun segala isu ini- kewangan, keluarga mertua, hubungan intim dan lain perkara - kuncinya adalah komunikasi. Supaya timbul istilah menzalimi pasangan dalam hak-haknya. Supaya kita dapat mencicip sedikit kebahagian dalam rumahtangga yang kita bina bersama.
Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU
Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:
"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."
Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
Saya rasa seperti baru semalam bernikah, dengan cinta dan rindu yang selalu ada pada suami. Nah, bukan cinta rindu ini sentiasa ada kerana tidak ada konflik, konflik mingguan dan bulanan memang ada untuk kita semua...
Saya juga perempuan seperti kalian, ada masa duduk di kerusi isteri yang bagus lagi menenangkan dan ada masanya di kerusi isteri yang suka membesarkan masalah kerana mengikut melulunya perasaan...
Namun bila sering konflik besar dan kecil datang menduga – bila konflik-konflik ini kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.
i.allah it will help you alot...dalam Tarbiyatul mawaddah warahmah...will continue then...semoga membantu semua..=)
No comments:
Post a Comment