korang ade baca tentang berita remaja pam baby dalam lubang tandas?
this is the artikel...sedih rasa...tengok baby cukup sifat...sangat sempurna..meh baca dekat bawah miza amek dari berita.my..
hiba rasa...
siapa yang patut disalahkan? ibu bapa? remaja ini? guru sekolah?
takkan ada sesiapa yang mengaku salah..
anak ini akan menuntut pada ibunya kelak di akhirat...kenapa ibu membunuh saya?
percaya cakap miza...this girl akan setiap hari meratap dan kesedihan..kenapa miza tahu?? sebab bila kita berbuat dosa pada makhluk...dosa kita hanya makhluk boleh maafkan..
bila kita berbuat dosa pada ALLAH...ALLAH tuh pemaaf...dia akan maafkan...
budak ni nak minta maaf pada siapa? this baby yang dah tak bernyawa..
miza doa biarlah dia insaf dan kembali ke pangkal jalan..nak marah hina dan caci budak ni..utk apa...itulah masyarakat melayu sekarang..ya rasul pernah kata...selemah2 iman kamu apabila melihat kejahatan..adalah dengan membenci dengan hati...ye miza sangat benci cara dia...tapi 16 tahun...tingkatan 4...
dunia sekarang...budak makin lama makin cepat belajar..kalau kita nak explore iphone takes 1day..dia maybe 1 hour..tapi kematangan mereka seperti umur 4 tahun...tak tahu ape...
kita sebagai seorang islam...perlu ikut contoh rasullah s.a.w..
rasullah s.a.w bila melihat kejahatan...dia akan menghukum..tapi tak pernah dia mencaci..kutuk macam nak rakk atas kesalahan dia..
memang budak ni silap dan patut dihukum...kalau hudud kene sebatan 100 kali dihadapan khalayak ramai..
tapi utk kita mencaci dan berkata buruk pada beliau..sudah2la..jangan tambah dosa kita...
kita dosa pun..kita tak tahu tebal mana buku dosa kita..
kita doakan remaja ni kembali insaf..
sebab kalau ikut kajian dan bacaan psychology..miza yakin dan pasti...budak ni mesti jadi tak tentu hala..itulah guna kita sesama islam...doakan golongan anak2 remaja yang lalai ini kembali dan menjadi hamba allah yang berguna..
kenapa miza cakap camtuh..
sebabnye..anak cucu cicit miza akan dipimpin oleh generasi ini..kalau mereka buruk akhlaknya...entahla takut miza nak melahirkan anak utk generasi akan datang...
takut dengan agama mereka..akhlak mereka...pelajaran mereka...siapa yang akan membela..
dah mcm ape kan?
i swear in the name of allah....saya takut utk kahwin..kerana kahwin tanggungjawabnye terlalu besar...memang nikmat dia terlalu banyak..allah tolong kita...tapi bila kenang zaman sekarang takut....
sebab utk selubung ketakutan...kita sentiasalah berpegang pada allah..
teringat ustaz yang miza selalu datang depan dok hafal tasmi' dengan beliau...awak hari ni ada tasmi' dengan kawan?? sebelum miza teruskan hafalan dengan dia...soalan yang miza akan sentiasa ingat dan letak dalam hati...ingatkan diri untuk sentiasa perbaiki diri..
kita ni hamba allah,umat yang paling banyak cabaran allah kata...sebabnye...zaman rasulllah s.a.w...beliau ada depan mereka..sahabat ada depan mereka...kita tiada siapa2...ulama' yang alim..hanya segelintir..
so dengan al-quran dan sunnah sahaja kita mmpu utk bina keluarga yang mawaddah...
serious bukan mudah...dari sebelum kahwin...jom la b2b kita sama2 beramal...=)
ok lets read..bergenang tengok wajah baby tuh...mcm terlalu sedih perbuatan ibu dia...
Remaja terlanjur pam bayi dalam mangkuk tandas
- Friday, September 7, 2012, 12:00
- Nasional
- 1,418 views
- Tambah komen
Seorang remaja yang telah terlanjur bertindak kejam apabila cuba mengepam mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan semalam.
Namun, perbuatan jahat itu terbongkar akhirnya apabila mayat bayi berkenaan tersekat di dalam mangkuk tandas sebelum ia ditemui oleh seorang kakitangan hospital pada pukul 4.45 pagi.
Difahamkan, sebelum kejadian, remaja berusia 16 tahun tersebut pergi ke hospital berkenaan untuk menemui ibunya yang sedang dirawat.
Dia kemudian telah pergi ke wad tersebut untuk melahirkan bayi di dalam tandas kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ibu bersalin dan tangisan bayi yang disangka dapat menutup kelakuan tidak berhati perutnya itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kakitangan hospital berkenaan yang terkejut kemudian memaklumkan penemuan itu kepada ketuanya sebelum menghubungi polis.
“Siasatan mendapati kepala dan badan bayi malang itu tersumbat di dalam lubang mangkuk tandas sebelum kita mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa.
“Selepas menjalankan siasatan, kita kemudian dapat menahan remaja berkenaan di dalam kawasan hospital. Soal siasat kemudian mendapati remaja itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui kesan yang dia baharu sahaja melahirkan anak. Suspek juga bertindak meninggalkan bayinya selepas mendapati ia tersumbat di dalam mangkuk tandas tersebut.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – sumber berita.my
No comments:
Post a Comment