Saturday, 26 November 2011

Warna Tema Perkahwinan

Salam and bismillah to all readers and beautiful bride to be!!

Malam ni rasa nak cakap pasal warna tema..dalam entry lepas pun penah gak naikkan isu ni..tapi masih belum serius...huhu...so kali ni nak review pasal warna tema dengan seriusnya..hehe...

maybe this entry is a bit dull and dry skit..sebab takder picture...takpe pasni i will review on color of the year ok!!!

so setelah buat sedikit homework and literature review...tadaaa...meh jom cakap pasal topic ni..

Warna Tema Perkahwinan
 
ok guys...Pemilihan warna tema perkahwinan mempunyai kaitan dengan beberapa perkara. so sebenarnya kita mempunyai kebebasan samada mahu mengaitkan perkara-perkara di bawah dengan warna tema atau pun tidak. BUT dengan menyelitkan sedikit sebanyak unsur warna tema, of course dia akan menghidupkan lagi tema perkahwinan yang kita nak..and buat kita rasa confident and cam cinderella time tuh..huhu

so antara benda yang kita kene take notes

1. Busana pengantin

first of course dress or busana pengantin kita...bagi brides..ni la yang paling penting kan...hehe..sebab kalu boleh..we want that day..kita lain dari yang lain..and lebih cantik dari biasa...so caranyer..

Jika anda bercadang untuk menggunakan warna tema dalam busana pengantin, pastikan kulit anda dan pasangan sesuai dengan warna tersebut. Jika anda sukakan warna oren (yang biasanya agak menyilaukan mata), pastikan pasangan anda tidak terlalu gelap orangnya. Takut-takut orang tak kenal yang mana satu pasangan pengantin anda. (laaa…itu ke orangnya???)Selain tu, tetamu anda juga akan dapat mengetahui warna tema majlis, berdasarkan warna busana pengantin. Daripada trend masa kini, saya melihat warna busana seperti; putih, krim dan silver sesuai untuk apa sahaja jenis warna tema yang anda pilih.

Gabungan 2 warna dalam satu busana juga boleh menyerikan lagi penampilan anda. Tapi, pastikan yang anda telah melihat contoh the real busana terlebih dahulu, sebelum menempah atau menyewanya.

skema giler ayat...huhu..takpe asal korang paham ape isi yang nak disampaikan ok!!

2. Hiasan lokasi

2nd we have to consider tentang hiasan lokasi...hiasan lokasi ni merangkumi hiasan kanopi atau dewan, hiasan meja, riben pembalut kerusi, bilik tidur, dan lain-lain. Kebiasannya, jika majlis kita mempunyai warna tema, tidak boleh tidak, hiasannya pasti ada kaitan dengan warna tersebut.   

3. Makanan & minuman

Seperti; Warna icing yang digunakan untuk kek dan cupcakes, sedikit pewarna yang digunakan untuk hidangan nasi, minuman berwarna biru (untuk majlis bertemakan biru) dll

4. Hantaran & Cenderahati perkahwinan

Hiasan hantaran, beg cenderahati tetamu, kotak atau bekas meletakkan cenderahati, dan mungkin cenderahati itu sendiri mempunyai unsur warna tema.

5. Baju pengapit pengantin & ahli keluarga

Baju mereka tidak seharusnya sama dengan pengantin, kerana ia boleh menenggelamkan keserian pengantin. Contoh yang mungkin boleh digunakan, jika warna tema ialah pink. Pengantin boleh gunakan warna pink gelap, manakala ahli keluarga mengenakan pink cerah.Atau, mereka juga boleh mengenakan warna tema kedua seperti; jika warna temanya hijau dan krim, pengantin hijau, pengapit dan ahli keluarga mengenakan pakaian krim.

6. Bunga

Warna bunga yang digunakan untuk hiasan dewan, hiasan meja, pintu gerbang, bunga manggar dsb.

7. Kad jemputan

Ia jarang dilakukan lagi pada masa sekarang. Tetapi tidak salah jika anda ingin memberikan gambaran warna tema kepada para jemputan sebelum mereka datang ke majlis anda.

sebenarnye trend sekarang banyak combination color..so tidak perlu menggunakan warna tema dalam semua perkara di atas. Andaikata warna yang sama digunakan untuk terlalu banyak benda, majlis anda akan kelihatan suram dan kurang berseri.

Adakalanya, gabungan 2 atau 3 warna tema dapat menyerikan lagi majlis kita. so pastikan you all sudah membuat research terlebih dahulu sebelum membuat pemilihan warna tema, memandangkan ia mempunyai kaitan dengan banyak perkara.

ok jom share korang nak buat warna tema utk nikah and bersanding warna ape ngan mrs.irmidrza!!!

3 comments:

picairin said...

pink + brown insyaALLAH! =)

Unknown said...

waa...cantikk..nnt review contoh ekkk..=)

uMi KaLtHuM said...

tgh pening nak pilih warna ape..huhu tp suke kalo banyak warna putih..cos tema weddng ala garden..suke byk bunga putih..hehe