Salam and bismillah..
Alhamdullilah..hari ni baru selesai satu part exam...yang leh kata paling mencabar dalam mana2 exam dalam dunia..iaitu exam utk posting department psychiatric..
Nak interview orang normal pun kita leh jadi hilang sabar..apatah lagi kalu interview orang sedikit special nih..sighh***
Lama2 blog ni jadi blog harian..haha..takleh2..blog ni tetap akan jadi blog our most precious day preparation..
kalu korang rasa nak baca kisah2 harian seorang pelajar yang bukan cam pelajar ni sila la ke sini..hehe..
just want to share a word for all of u outhere...
a poem for him to be shared with all bride to be out there..
Satu saat itu
aku tatap wajah insan yang bergelar imam dan wali pada zuriatku...
lembut pandangannya...
dalam tegas..alis mata yang garang..aku tahu insan ini terlalu penyayang orangnya..
manakan tidak..dalam wajah raut garang itu..
masih mampu menangis bila melihatku sakit di pembaringan saat itu..
satu saat itu..
tika mereka bertanya..
mengapa dia..
aku tersenyum tanpa kata..kerana senyumanku cukup mentafsirkan siapa dia..
satu saat itu..
adakalanya sifatnya kadangkala membuatku terluka tanpa bicara..
tapi luka itu bukanla sperti luka biasa yang sembuhnya meninggalkan calar pada si peluka..
tapi luka itu..ibarat pemanis dan halwa dalam kehidupan yang indah tanpaku duga..
satu saat itu..
sesaat berjauhan dengannya..bagaikan beribu tahun tanpanya..
tapi..
imam dan wali zuriatku ini..selalu berkata..andai tiada sesaat itu..kita pasti tidak akan hidup beribu tahun bersama..
satu saat itu..
tika aku lelah miniti hari2 yang penuh dengan ujian allah ini..
dia juga yang membuatku tertawa tanpa henti..
kadangkala..tawa itu..tidak mampu aku lahirkan bila tanpanya..
kerana dia tahu mengambil hati insan yang tak sesempurna ini..
satu saat itu..
aku bertanya..
sayangkah kamu padaku hingga akhir hayat ini...
jawapan yang paling bahagia bila dia berkata..
sayangku padamu..insyaallah sampai di syurga nanti..
satu saat itu..
tika aku hilang kata-kata...
dia berkata..
jadilah permaisuri untukku..
ibu yang solehah buat zuriatku..
wanita yang solehah yang sentiasa menjaga baiti jannah kita..
juga wanita yang sentiasa setia denganku hingga ke pintu firdausi..
saat itu..
aku kelu..segalanya kelu..
tapi hati ini berkata-kata..
aku tahu itulah dia..
dia yang terbaik untukku..
imam solatku..
wali pada zuriatku..
juga sahabat teman yang setia hingga akhir hayat ini...
terima kasih
syukran
ya allah kau kurnia dia
walau banyak kekurangan dan ketidak sempurnaan ini
dia tetap menerima hati ini
dengan penuh kasih sayang cinta keranamu
juga dengan ikhlas keranamu..
buat mr.irmidrza
by
No comments:
Post a Comment