Tuesday, 8 November 2011

IDEA bilik pengantin

Salam to all readers..

i'm back for a while..just to share an idea regarding the 'bilik pengantin' @ bride's bedroom..hahah..benda lain belum settle..ni yang pikir dulu..

idea ni datang bile semalam tengok2 umah baru kami di salak tinggi..pasni tak jadi orang KL dah..jadi orang salak tinggi..bila nak pindah tuh..sebenarnye lambat lagi..sebab my mom still kerja kat putrajaya..so kami terpaksa duduk dulu putrajaya tuh..tapi ape2 pun..i'm still want to get married in that house..sentimental skit kan..heheh..

saya takdela picture rumah baru tu..so takleh la nak upload..tapi ade la floor plan my room..hehe..ini pun gi lakar kat paint..kalu orang "pro" melukis..ni la hasilnye..heheh..

rasa nak gelak pun ade tengok floor plan ni..huhu..shhh..jangan ckp ape2 ok!!


biasala kalu memang dulu pernah menyimpan cita2 nak amek interior designer la..nak belaja jadi lawyerla..nak belajr arkitek la..inilah jadinya..hahah..( act i love art..i love literature...i love to write poem..)

so after balik semalam..terus dpt ilham..tapi sebab perasaan MISS LAZY tuh lagi menguasai segalanya kan..so baru hari ni nak mancari2..sementara masih ingat kan..ini hanya masih tahap idea lagi..bile masa dah dekat baru saya DIY my bedroom and upload kat blog ni ok..hehe..lama lagi kan?? hahah..takper..prepare awal tuh bagus..

seperti biasa malam2 tidurkan mr.irmidrza dulu..baru boleh buat banyak keje..hehehe..abihla kalu die baca..soryy ye mr.irmidrza..but before die masuk tido..adela tanya die..die suka warna ape untuk bilik..

die sperti biasa..jawab..biru..hahah..his fav colour of course..

then i ask him again..kalu wane lain leh? dark purple ke..hijau ke..merah ke...peach ke..white ke..

he answered..tak kisahla sayang...asal jangan waner pink..(haha..same isu ngan tema warna kami..memang dia cukup anti betul ngan wane pink ni..sian betul kat bride to be dia nih..dahla peminat pink tegar..hahah)

lucky him..sebab..memang i sgt tak suka bilik tidur warna pink...so pink bukan warna pilihan bilik tidur kami..

so tengah survey dalam google tadi inilah hasilnya...hope all the b2b also can get inspired from it..sebab..maybe i will deco myself my bedroom..tapi tengokla keadaan masa time tuh..huhu..harapnya..allah izinla time tuh..because..everything when we made ourself..the value..the sentimental tuh tinggi..hehehe..so kalu nak tengok nantikanla 12months more..hahaha..lamanyer...

just love this colour..peach white..

cantik tak kalu wat curtain camni..heheh..tapi bila pikir cam semak jer..

his favourite theme colour..bukan biru ni..he likes tiffany blue...tapi rasanyer..this kind of blue...are so elegant..

biru ni sweet..but..still need to think..

this blue..sangat tenang..kalu time wedding rasa tak berapa sesuai..after wed boleh consider..heheh

i love this combination colour..purple white and pink and grey..

memang cam rasa duk hotel..hahah..tak bangun subuh jawabnya..terlalu selesa...

my dream room one day..the best part of him and i fall in love with him..when i told that i want this and i want that...he will tell me..one day..we will have it..slowly ok!! i love the cool and very peaceful minded part in him..

 ops terpuji pulakkk..

sangat2 suka..this combination white and red colour..sngt romantic!!! tapi...tak sesuai untuk bilik tidur..tak tidur jawabnya..

love this too!!

nak letak wall paper ke??? hmmm still considering

hehe..this combination colour mesti mr.irmidrza sangat suka..

cantik kan deco wall die tuh..simple..yes i love simple..

TIPS for b2b DIY bilik pengantin

1] cat bilik dengan warna2 menarik. trend sekarang lebih kepada warna2 poLos :: putih, coklat dan cream . warna2 ini akan menjadikan biLik lebih warm dan redup. Atau pilih sahaja warna2 yang diri sendiri suka agar senang mata nak memandang. 

warna2 seperti pink atau purple akan menaikkan mood yang lebih romantik lelebih lagi untuk orang yang baru berkahwin.

hehe..but for my room..suprisela..kita tengok nnt ok!!

2] pilih perabot yang bersesuaian dengan konsep yang diinginkan. Pastikan katil dan meja sisi ditempatkan di ruang yang sesuai. [elakkan meletak katil bertentangan dengan pintu masuk lebih2 lagi jika pintu tersebut menghadap ruang tamu]
ia bergantung pada keLuasan bilik.
 
TIPS semasa memilih dan mahu membeli perabot :: 
 - pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruangan bilik
 - pilih almari yang mempunyai ruang storan yang lebih fleksible dan luas. 
   [jangan masukkan 2-3 biji almari berlainan dalam sesebuah bilik]

3] matchkan warna langsir dengan warna dinding[feature wall] dan juga cadar.
jika biLik kecil pilih langsir poLos atau dengan corak motif yang lebih keciL.
 
love this too!!

4] jika ingin memasang wall paper pada dinding biLik, pilih kemasan yang lembut ringkas dan elakkan corak terlalu sarat dan hanye akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.

5] jika mahir dengan penggunaan warna, bilik akan nampak lebih ceria dengan konsep bewarna warni. Namun, jika salah memiLih, akan membuatkan biLIk bertambah sempit dan serabut. Lebih2 lagi jika biLik berada dalam keadaan bersepah..!!

6] penggunaan cadar  yang sesuai. piLih kemasan yang lembut dan ringkas serta elakan corak terlalu sarat kerana akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.
contoh warna pilihan :: polos/warna natural
 
 jika bilik tidak ada air-cond, jangan sesekali gunakan cadar jenis satin atau yang jenis berkilat2.. cantik dipandang.. tapi jika salah pemilihan akan membuatkan tidur korunk tak kana lena sepanjang malam dek kerimasan dan kepanasan..

7] untuk biLik lebih 'selesa'.. letak bau2 yang nyaman.. kalau tak rajin nak bakar lilin selalu.. korunk ley guna auto spray yang banyak jual kat market tu... selain masa nye boLeh dilaras mengikut kehendak.. biLik akan sentiasa wangi pada bila2 masa....

 

8] nak kesan dramatik..?? jangan Lupa gunakan letak kan lampu pada side table katil untuk pencahayaan katil yang lebih tenang dan lembut dan santai...

9] sesekali guna dan bakar lilin beraroma. tapi pastikan ianya dikawaL... lelebih lagi kaLau mengunakan kipas ceiling...jangan pulak di sebabkan mahu mood romantik rumah korunk pulak terbakar...
penggunaan lilin juga kadangkala bilik akan menjadi 'panas' dan lebih berbahang....!
namun bau aroma semulajadi akan membangkitkan mood yang tenang. piLih bau yang sesuai.

1o] jika dinding kosong dan poLos letak sedikit hiasan deko yang menarik seperti frame bunga atau gambar perkahwinan diatas kepala katil atau tempat yang sesuai. frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah biLik. namun jangan letak disekeliling biLik lebih2 lagi pada bilik yang keciL

11] PALING PENTING :: bilik jangan dibiarkan tak berkemas dan bersepah..!! kalau perabut ribu riban pon.. n kaLau dah dihias cantik pon.. namun kaLau baju berterabur dan cadar tak dikemas.. tetap akan jadi tak cantik..!! 



 sincerely by 
 

 

    




Friday, 4 November 2011

holiday for 2 weeks

this blog is closed until 18 november 2011

salam to all readers yang sudi baca blog nih..

i'm away for 2 weeks for holiday..bukan cuti makan angin yer..cuti amik exam...so memang takleh nak review ape2 untuk lildrwalimah  buat sementara waktu..hehe..

tadi baru jer lepas tengok non cinderalla story nyer blog...hehe..tak menang la contest nak dapat veill..huhu..takder rezeki..takpe..next time kita cuba lagi ek..

mr.irmidrza memang dah warning awal sebenarnye...die risau takut tak terkejar dengan segalanya..biasala kalu org degil kan..hehe..

takpe everysecond milik kita yang allah beri kan...so we are controlling our life..not life controlling us ok!!!





ok last but not least selamat hari raya aidil adha buat semua..semoga aidil adha ini adalah kunci untuk kita berubah dan berhijrah berkorban menjadi lebih baik... 


sincerely by

Thursday, 3 November 2011

malam jumaat yang sepi..

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Wednesday, 2 November 2011

wordless wednesday




wordless wednesday

may Allah bless us for the rest of our life..

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu


 Salam..
pada yang tercari2..jom kita baca sama2..heheh..ihsan dari mana lupa sangat..hari tuh download..tak ingat dari mana..so credit to them yang sudi wat senarai semak bagi memudahkan insan yang memang blurrr cam hehe..tuan yang tgh menulis ni..hehe..

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


harapnye dapat membantu b2b yang baru2 mcm tuan yang tgh menulis ni..heheh..

Tuesday, 1 November 2011

pengantin dengan kaca mata..

salam..

dah bosan buat assigment tangan ni memang gatal nak mereview about make-up..tibe2 tengah review pasal make-up yang cantik..tibe mood terus hilang...sebab ape??? sebab teringat yang ohhh...NOO!! i'm wearing spectacles..and tak sesaat pun berjauhan dengan spectacles ni except time tidur..pastu teringat contact lens..my face sangatla pelik kalu pakai contact lens..huhu...aduhh pening2..so macam mana..

wearing or not???? contact lens???

anyone have suggestion..

tema warna perkahwinan

Salam and selamat petang..


Gara2 takde kelas and being quarantine to go to ward in HKL..i end up in front of this laptop again..


every morning i have to wake up as early as 5 am in the morning..since i have to catch the bus to go to HKL in 7am..biasala tu..as a student..terpksala kan..nak tak nak..walaupun mata memang berat gile nak buka..huhu


so thats why kalau i dont have class..mr.irmidrza to be will ask me and memang dia akan pelik.. and lastly die akan perli..hmm padanla takder morning misscall or alarm clock for him..hehe..yela bila dah dapat peluang after subuh lelap la kejap..hehe..sebelum meneruskan activity and keje yang bertimbun menanti..


tengah2 blogwalking mencari idea and membaca blog2 b2b..tibe2 rasa cam pelik la blog ni..pikir punya pikir..hahaha..i dont have the THEME COLOUR..and because of my day is long way to go..so die cam lupa benda tuh..


funny..punyala bersemangat..lupa bendapaling penting..


ok my theme colour..sebenarnye banyak issue..hehe..biasala mr.irmidrza to be memang tak suka warna pink..die kata jambu..i pernah bincang pasal bendani lama dulu..and i said to him..takpela..kita pakai cream colour..just ade skit2 je wane pink..but he still keep quiet tak mau kasi opinion die..so i conclude..die memang tak suke la..hahah..tapi i dont care i still want this theme colour..


so the next weeknyer.. i forgot..i pujuk balik..hehe..tengok kuasa perempuan melembutkan hati lelaki..below are my conversation with him..mula i cakap pasal ape ntah tbe2 masuk la bab ni..


me :for my theme boleh tak  kita pakai cream pink peach..


mr.irmidrza to be : hmmm..takmaula...


haaa..fall in love with this


cantikk gak kan..hehe
me : alaaa..ok2 camni..for my theme kita pakai cream pink peach..nanti janganla buat banyak sgt colour pink tuh..just skit2 jer..pink pun jangan striking..just nice and soft..then takdela nampak jambu..just look nice and sweet...pastu for ur theme nanti kita pakai colour yang you suka..(which is tiffany blue turqouise yang memang i hate this colour) tapi sebab nak pujuk die..terpksa gak..huhu


lama gak die diam..hehe..but suprisingly..hehe...yeay!!!!!


mr.irmidrza to be :  hmm okla...(he smile) then he said back to me..suka la tuh..


of course la my dear..hahaha...



ok mula dtg perasaan tamak dalam hati bila bab theme colour nih..sebenarnye dalam otak ni macam2 warna dah keluar..


  1. dusty rose
  2. soft pink white
  3. cream peach 
  4. white red
  5. silver cream
so nak pilih ni..hmmm lagi one more issue..so takpela biar dulu...next time i will tell you what colour i'm choosing for my day...


these are colour yang masih dalam pemikiran...anyone have suggestion???


blue ni pun cantik...
tak taula ni colour ape pink or dusty rose??


dusty rose kot...but i love this colour..credit to beatifulnara for this picture


so sweet...soft pink..haaa..yang ni la yang i dalam my mind...just a soft pink..takdela jambu sgt kalu lelaki pakai..i rasa..comel and nice..=) thanx to google..for this pic
love this blue..kalu blue ni i setuju!!! 1000x setuju..heheh..special to mr.irmidrza to be


cantik kan combination this colour..




lastly...pening..tak tau mana satu yang nak pilih..hheheh...please mr.irmidrza to be help me!!!!

purdah or face veil pengantin

Assalamualaikum wbt..

ok for today..i would like to tell about the niqab or purdah wearing during our wedding day..for those yang pakai purdah and for those yang teringin nak pakai purdah and also for those yang saja2 nak pakai sebab rasa cantik..


honestly..purdah or niqab wearing during our wedding day..is not to be wear off..sebab rasa cam janggal kalu tanggalkan..kononnye nak buat ala2 orang putih yang bukak veil pengantin dia..but it depends la to the bride..


i think woman who are wearing niqab or purdah is very beautiful..even only her eyes are exposed and can be seen..agreed with me?


heheh...but deep inside my heart...women who are wearing niqab are so gorgeous..believe me..


sebab at last we will be ask...what the niat of wearing those....just only an opinion..so for those yang nak pakai purdah or niqab after this..why not after this kita pakai smpai abis majlis...sebab you will be beautiful in front of the guest and others...and especially of course your husband's eyes..

so for my day...i'm thinking of how the purdah looks like..hmmm kalu nak pakai yang arab style..heh..habih kene balun ngan my mum and also my mak mentua to be..hehe..yela all the arab style are balck in colour..heheh..so tengah blogwalking and cari2 gambar yang menarik..terjumpa gambar kat bawah..so nice they are wearing purday on their DAY..




 credit to mrs.AGS for the picture..nice adik ipar die wearing the purdah


 yang ni sangat cantik..sweet..

nice and simple purdah

so anyone know how to tempah this purdah?? I've done my literature review..and terjumpala sorang dua yang yang pandai reka purdah dengan cantik..one of them is koleksi vispera.. so anyone yang pandai..can suggest to me...